AKU adalah diriku
MEREKA adalah keluarga,sahabat,kengkawan dan yang mengenaliku,
SEKELILINGKU adalah semua yang berlegar disekelilingku
22 Disember, 2008
Kelibat Korupsi - One Buck Short
Lyrics / Lirik Kelibat Korupsi :
Verse 1:
Bertapa hebatnya kita membeli isu terkini
Fakir miskin terpedaya
Orang kaya semakin kaya
Bagaimana kita nak maju asyik mereka rembatkan
AP senang didapat
Projek besar diorang rembat
45 hitam biru mencari-cari
tujuan
Aku dia kita mangsa
Hal kecil menjadi besar
Apa lagi yang kita semua perlu lakukan
Bangsa kita keluar malam
Maruah bangsa semakin curam
Chorus:
Ingat kita takut?!
Apa mengarut?!
Kita tunjukkan!
RAKYAT KEDEPAN!
Verse 2:
Bertahun-tahun akan kita merasai sengsara
Peperangan yang tak sudah!
Cari harta mengambil tanah!
Walau sekarang kita hidup hidup dah cukup mudah
Tak cukup tamak harta
Cari makan mereka kata
Dikir Barat:
Bak Kata
Cerita pendek
Kita harus
Kerja sama
Jaga jaga
Jaga nama
Kalau jatuh
Depa pijak
Kerja sama
Boleh maju
Jangan malas
Jangan tipu
Makan rasuah
Tikam belakang
Semua ini
Buat rosak
Tukar cara
Kita fikir
Baru hapus
KORUPSI!
Tukar cara
Kita fikir
Baru hapus
KORUPSI!
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
15 Disember, 2008
Perbahasa oh Perumpamaan
terdetik di hati kecil ku
beberapa perumpamaan dan peribahasa yang disalah guna
seperti..
"jangan menilai sesuatu dari luaran"
"cermin diri dulu sebelum menasihati orang"
aku bukan sasterawan untuk mengupas perumpamaan
aku bukan ulama untuk mengupas hal agama
aku hanya manusia biasa yang ada lemah dan kurang.
"Jangan menilai orang dari luaran"
perumpaman ini merujuk kepada tanggapan
kita melihat seseorang dungu atau bodoh alang
tapi hakikat dia adalah sebaliknya
kita melihat orang itu menutup aurat, alim
tapi sebaliknya...
bagi aku perumpamaan in bukan untuk melihat
sisi gelap seseorang,
perumpamaan ini adalah supaya kita
tak memandang rendah pada sesuatu..
tapi ramai yg mengunapakai pakai
perumpamaan ini untuk menegak benang yang basah
mengapa??
aku mengambil contoh paling mudah
Aurat wanita..
ramai yang berkata..
"aku tidak bertudung tidak semestinya akhlak ku kurang,
yang bertudung lebih teruk lagi perangainya"
apakah mereka-mereka ini lupa islam secara terangan..
Aurat itu menunjukkan akhlak..
tidak menjaga aurat umpama membiarkan makanan
dihurungi lalat..
bila menyebut harta ramai pulak yang menyimpan
tapi meraka tidak mengerti
suruhan menjaga Aurat adalah adalah suruhan menjaga diri
kerna diri sendiri harta yang tiada nilai..
"cermin diri dulu sebelum menasihati orang"
bila kita memberi nasihat.. teguran..
aku pasti ramai yang menerima sindiran sebegini
bila aku mendengar aku terasa geli hati..
salahkah peribahasa ini?
jawabnya tidak..
pernah dulu seorang guru aku berkata..
bila ada penagih berkata "jangan la hisap dadah, bahaya"
janganlah kamu menidakkan nasihatnya
mengapa?
tidakkah seperti peribahasa tadi?
dulu semasa di bilik darjah aku kurang mengerti
tapi sekarang aku memahami..
kalau aku mengunakan peribahasa tadi sebagai
pegangan sudah tentu aku jadi seperti dia
pandangan aku senang.. dia lebih mengetahui keburukan
sebab itu dia menghulur nasihat..
kenapa? fahami senario
aku berkata" wei mat ko jangan pegang benda ni nanti melecur".
mat berkata "mana ko tahu?"
jawabku" aku tahu la, aku dah kena"
jadi sesama kita fikirkan!!!
(adakah anda nak ungkapkan "cermin diri dulu sebelum menasihati orang" padaku?)
peribahasa dan perumpamaan untuk menasihati
merujuk kepada apa yang benar
bukan untuk memperjuangkan yang salah
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
10 Disember, 2008
AIDIL ADHA
bukan apa malas sangat..
lagi pun cuti kat kg takder tenet..
sajer tak nak subcribe
Raya..
sebut jer pasal raya teringat ucapan maser perjalan melaui higway kesa untuk ke tol gombak..
bila melepasi jer area BAVERLY HILL malaysia tu aku ngam my brother ada gak tegur..
"ai tak takut ker berumah di lerang bukit, rumah besar bagak, aku kat higway nih halus jer rasernya" abang aku cuma gelak jerk..
bila samapi jer kat kampung besok pagi.. kecoh pasal tanah runtuh..
kat tempat kitorang tegur..
terpikir gak dalam hati.. kitorang ni orang ke 40 ker yang tegur..
hurm entah la..
bila mencari penyakit.. dapat la penyakit..
cuma berdoa semoga in takkan berlaku lagi masa depan..
sampai jer terengganu hujan tak berenti-renti mencurah
tengok sungai pun cam nak melimpah jerk...
tapi alhamdullillah malam ke pagi raya suusana ok cuma mendung..
seronok jugak solat aidil adha kat masjid..
bila dah abis solat..
sampai plak time sembelih korban kat umah aku
tumbang seekor kerbau
bukan setakat sembelihan korban jerk..
tapi ramai yang berkorban nak setllekan melapah kerbau..
tengah dok asyik melapah hujan turun renyai-renyai...
tapi aku tengok semua komited dengan kerja memasing..
takder yang berganjak..
yang ader payung tolong payungkan yang melapah..
syukur aku pada ilahi
masih ada lagi amaln kerjasama dan tolong menolong di kampung aku ni..
pengalamn beraya,korban dalam hujan yng pertam aku lalui
kalu beraya dalam hujan biasa..
tapi kalau ibadah koraban ditengah hujan ini luar biasa
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
03 Disember, 2008
Engkau Laksana Bulan
Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kautawan
Hidupku tak keruan.
O ... O ... O ... O ... O ... O ... O ... O
*Kaucabutlah nyawaku
Oh Tuhanku
Mengapakah
Kaubezakan hidupku
Oh Tuhanku
Mengapakah
Manusia begitu
Mengapa kudisiksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita
O ... O ... O ... O ... O ... O ... O ... O
*Kaucabutlah nyawaku
Oh Tuhanku
Mengapakah
Jadi miskin hidupku
Oh Tuhanku
Mengapakah
Sangat buruk nasibku
Mengapa ku disiksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita
(* versi baru: Kautinggalkan diriku)
Senilagu : P. Ramlee
Senikata : Jamil Sulong
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
01 Disember, 2008
AKU KINI DSEBABKAN AKU DULU??
bosan tul..
ari minggu terperap dalam bilek jer..
almaklum la jumaat itu ari keje membawak ke sabtu pagi..
pukul 7 pagi sabtu baru sampai umah..
lenyap sabtu aku dalam bilik..
bangun jer.. menung jerk..
tunaikan apa yang patut..
then sambung lagi cerita dialam maya..
ni la keje yang paling bingung aku rasa..
menyesal ker aku dulu malas belaja?
jawabnya takder..
pasal apa?
itulah diriku, apa yang aku mampu..
aku tak boleh jadi orang lain kerna diriku adalah tersurat
dimana kemampuan aku, itulah usaha aku..
yang penting aku ada plan..
plan la yang membuat aku gagah berusaha
kekadang tersasar lencongan
itu adalah lumrah..
umpama air..
untuk sampai destinsai..
berbagai rintangan harus dilalui..
jalan mudah,senang or susah,penuh ranjau..
yang penting tetap sampai
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
27 November, 2008
BERIMAN KPD QADHA' & QADAR
BERIMAN KPD QADHA' & QADAR
Maksud
v Qadha
Bahasa
Hukum, ketentuan, penyempurnaan
Syara'
Ketentuan Allah yg azali terhadap semua makhluk
v Qadar
Bahasa
Menentukan kadar sesuatu per
Syara'
Pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah yg azali
Kewajipan Beriman kpd Qadha' & Qadar
Rukun Iman
Yakin sifat kesempurnaan Allah
Jenis² Qadha
v Mubram
Ditentukan Allah, tidak berubah
v Muallaq
Ketentuan Allah terhadap sesuatu sesuai dgn usaha manusia
Konsep
Ikhtiar
Usaha manusia melakukan sesuatu mengikut kehendak utk capai matlamat
Tawakal
Maksud
Berserah diri kpd Allah setelah berusaha & berikhtiar dgn bersungguh-sungguh
Hikmah
Tetapkan keyakinan Allah berkuasa
Berusaha bersungguh²
Tidak kecewa apabila gagal
Miliki jiwa yg tenang
Positif & optimis dlm hidup
Tidak sombong, takabur
Af'al al Ibad (Perbuatan manusia)
Af'al Ikhtiariah
Lahir dr kehendak manusia sendiri
Belajar, tunaikan solat
Af'al Idtirariah
Lahir tanpa kehendak manusia
Menggigil
Hikmah Beriman kpd Qadha' & Qadar (5/8)
Mantapkan akidah
Tetap pendirian
Tidak sombong apabila berjaya
Reda dgn takdir Allah
Berdoa kpd Allah
Salah Faham Terhadap Konsep Qadha' & Qadar
Fahaman salah
Segala perkara ditentukan, manusia tidak perlu berusaha
Letak kesalahan pd takdir
Menyebabkan kemunduran
Hujah menolak
Beriman kpdnya menjadi pendorong bersungguh² kerana tidak mengetahui ketentuan Allah
Menjana sifat positif kecemerlangan hidup
Eratkan hubungan manusia dgn Allah melalui doa & tawakal
........................Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
18 November, 2008
Anak Dagang
Anak dagang di rantau orang
Biar pandai membawa diri
Anak dagang di rantau orang
Biar pandai membawa diri
Jaga tutur kata
Jaga cermat peribahasa
Selalu berbudi tinggi
Biar merendah
Kata orang jangan dibantah
Fikir dahulu sebelum berkata
Biar merendah
Kata orang jangan dibantah
Fikir dahulu sebelum berkata
Anak dagang negeri orang
Jika selalu meninggikan diri
Anak dagang negeri orang
Jika selalu meninggikan diri
Sombong dan iri hati
Mementingkan kemahuan sendiri
Akhirnya mendapat keji
Peribahasa manis jangan terus ditelan
Pahit jangan terus dibuang
Peribahasa manis jangan terus ditelan
Pahit jangan terus dibuang
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
KECEWA DAM GEMBIRA
aku betul kecewa..
kecewa dengan mereka sebangsa dengan ku
dulu aku tak mintak aku dibayar lebih
setakat merungut dalam hati ada..
aku cuma mintak hargai kerja aku
hargai masa minggu aku yang habiskan pada kerja
aku pelik semakin banyak aku memberi
semakin banyak aku diragui..
pedihnya jiwa, pahit sangat untuk aku terima
ntah la, walau pahit aku kena telan jugak..
ini dinamakn aturan alam
aku tak salahkan takdir..
kerna takdir adalah liku-liku jalan kehidupan aku
Aku yang Gembira
betapa gembiranya aku
ramai member lama menghubungi aku
sedikit sebanyak hilang kekecewaan aku
al maklum hampir 2-3 tahun tiada berita
kini datang menghulur dan bertanya khabar
terima kasih kerna muncul pada
diwaktu aku mencari ruang ketenangan
terma kasih.. terima kasih..
dan alhamdulillah pada yang esa
mungkin ini akn menjadi
titik pertemuan semula
atau lebih tepat reunion..
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
04 November, 2008
AKU dan Orang Lain
aku pun nak Ber blog
tapi takde spesifik isu
orang berkasih
aku pun nak berkasih
tapi pada siapa?
orang bercinta
aku pun nak bercinta
tapi untuk siapa?
orang bercerita
aku pun nak bercerita
tajuk apa tajuk?
orang berdebat
aku pun nak berdebat
tapi apa hujah?
orang berpolitik
aku pun nak politik
tapi haluan mana?
orang hidup mewah
aku pun nak mewah
tapi gimana caranya?
bila ku bangun pagi, aku masih bernyawa
syukur anugerah illahi
orang lain belum pasti
bila aku cukup makan
syukur nikmat tuhan padaku
orang lain belum tentu
bila aku rasa bahagia
alhamdulillah..
inilah kehidupan kurnian illahi padaku..
orang lain tak tahu dapat ke tidak..
HIDUP ADALAH ANUGERAH, JANGAN SEKALI KAMU PERTIKAIKAN
APA YANG DIHADAPI ADALAH SATU PROSES MEMATANGKAN DIRI
KERNA BALAJA ITU DARI ALAM RAHIM SEHINGGA KE PINTU ALAM KUBUR
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
29 Oktober, 2008
Mereka yang disamarkan
sama seperti hari-hari kerja yang lain..
tetiba teringat pasal buku memoir shamsiah fakeh..
secara tak langsung aku menyelusuri google..
mencari apa saja penerangan tentangnya..
entah macam mana aku tersadai di SEKOLAH REVOLUSI MALAYA
sambil melayan perjuangan sepuluh tahun lalu sebelum merdeka..
kekadang aku terpikir mengapa mereka ini digelapkan..
pejuang-pejuang yang banyak berkorban...
walau dikatakan cara mereka yang salah disisi undang-undang
yang mana undang-undang hanya
membenarkan cara dan perbuatan pencipta undang-undang
(i am the right because i am the law, who disobey me means disobey the law)
aku harap perjuangan fahmi reza dalam menyingkap perjuangan
haluan kiri ini berjaya memberi kesedaran dam pemahaman baru
( http://10tahun.blogspot.com/ ) sepluh tahun sebelum merdeka..
mereka-meraka itu
Yahya Nassim (PKMM)
"Perang Jepun tu banyak mengubah fikiran kita. Rupanya kalau tak ada orang putih ni pun boleh. Dulu kita terfikir kalau tak ada orang putih ni, mati kita. Bila dah Jepun memerintah tiga tahun lapan bulan, kita terfikir, tak ada orang putih pun boleh jugak."
-- Yahya Nassim dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'
Yahya Nassim, 88 tahun, berasal dari Ulu Langat, Selangor. Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang, beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka. Semasa kongres inilah, Dr. Burhanuddin Helmy, Yang Dipertua PKMM melafazkan sajaknya yang terkenal:
Di atas robohan kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu-padulah seluruh baka
Tuntut hak keadilan pusaka
Zainuddin Andika (API)
"Indonesia punya yang datang tu, semangat tu datang ke mari setengah. Pasal sana Sukarno dah beri semangat tu. Sukarno maklumlah, kata-kata yang dikeluarkannya. Beri saya sepuluh orang pemuda katanya, dia boleh menggoncangkan dunia. Itu dia semangat tu sampai ke mari."
-- Zainuddin Andika dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'
Zainuddin Andika, 84 tahun, berasal dari Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sejak penubuhannya pada 17 Oktober 1945 dan kemudian memasuki barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) bahagian Padang Rengas, Perak. API telah diasaskan oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak. Menurut Ahmad Boestamam dalam bukunya Testamen Politik API, tujuan-tujuan API ditubuhkan ialah:
1. Menyatukan pemuda2 yang insaf dalam satu BARISAN.
2. Mengokohkan barisan perjuangan untok bangsa dan tanahair.
3. Memberi latehan siasat, ROHANI dan JASMANI kepada pemuda2-nya supaya bersedia menjadi pemimpin bila di-kehendaki.
4. Membena sa-mula Malaya mengikut faham Democracy yang sejati yang berdasarkan kedaulatan ra'ayat.
5. Menuntut perwakilan dalam pemerintahan Malaya.
Pendek-nya API mahu berjuang untok menchapai kemerdekaan bangsa dan tanahair dengan segala jalan yang terbuka, dengan lembut jika boleh, dengan keras jika terpaksa.
Majid Salleh (JSFTU)
"Awak ni gila? Nak merdeka, tak tahu awak ni siapa? Orang Melayu ni siapa? Tak tahu orang putih kapal terbang ada, kapal laut ada, kapal selam ada, itu nak kita lawan?... Itulah suara yang biasa kita dengar."
-- Majid Salleh dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'
Majid Salleh, 84 tahun, berasal dari Ipoh, Perak. Selepas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan di Ipoh pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa. Selepas menjadi ketua seksyen buruh PKMM negeri Johor, beliau telah dilantik menjadi ketua Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU) yang bergabung di bawah Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU). PMFTU mempunyai keahlian seramai 300,000 orang buruh seluruh Malaya.
Hashim Said (API)
"Saya mula-mula sekali masuk politik, saya ada terbaca sebuah buku yang dikarang oleh Cikgu Ibrahim bin Haji Yaakub (Melihat Tanahair). Dia menyatakan nasib orang-orang yang kena jajah, di negara yang kena jajah, termasuklah negeri kita Malaya pada masa itu... dijajah."
-- Hashim Said dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'
Hashim Said, 85 tahun, berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau bertugas sebagai cikgu di Sekolah Melayu Padang Gajah sebelum mula menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945. Beliau kemudian menganggotai barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau merupakan Ketua API ranting Padang Gajah, Perak, memimpin 400 orang pemuda.
Kategori: Film Interviewees, Foto
Lim Kean Chye (MDU)
"The unity we talked about never mention the racial aspect as is emphasised nowadays. All we wanted was that all the trade unions, all the workers, all the women, all the organisations to join in, in a broad front to oppose the British return of the Governor to rule the country."
-- Lim Kean Chye dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'
Lim Kean Chye, 88 tahun, dilahirkan di Penang pada bulan Disember 1919. Mendapat pendidikan di Cambridge University dalam bidang guaman. Beliau merupakan ahli pengasas Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura bersama-sama dengan pakciknya, Philip Hoalim Sr., sahabatnya Lim Hong Bee dan John Eber pada 21 Disember 1945. MDU merupakan pertubuhan politik golongan berpendidikan Inggeris yang menuntut hak demokrasi dan hak berkerajaan sendiri dari penjajah British.
kat site nih juga aku mengerti bende baru..
tak perlu demonstrasi jalanan
tak perlu perhimpunan
untuk perjuangkan sesuatu..
cukup sekadar berhartal.
kata fahmi reza
hartal ialah satu direct action berbentuk civil disobedience
untuk hantar mesej protes terhadap tindakan atau polisi
kerajaan yang tidak demokratik dan menindas.
Ia satu cara untuk kita rakyat jelata kelas bawah
yang takde kuasa/pangkat untuk bergabung tenaga
melakukan bantahan dengan cara yang selamat, non-violent dan sukarela.
kata-kata zulkarnain zakaria dalam mastika leby kurang camni la
adanya kanan mesti adanya kiri
adanya hitam mesti adnya putih..
tiada salah satu, tiada cukup sifatnyer
untuk nampak hitam mesti ader putih..
untuk nampak putih mesti ader hitam..
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
Puisi Renungan
Sidungu Dhaif terus bercerita
Jalannya jauh gelap gulit
Setitik cahaya cukup berharga........
Jadi bekalan " Six feet under"..The ground
Bukan berlawak bukan perlekeh
Terkebil kebil musafir fakeh
Jalan sendiri kadang terhegeh.....
Harap ditegur Hata disekeh
Agar Illahi memberi kasih
Didiklah hamba
hamba termakan dakwah rang tua
Akhlaq ilmu hati dan dada
mengenal AlKhaliq diatas hamba
Ngenal dicipta dengan Pencipta
Agar di Makhshar tidak terhina...Astaghfirullah
Ilmu al Akhlaq bukannya mudah
Mendidik hati menjadi indah
Agar tiada terasa gundah...
Kekal tetap didalam Wahdah
Berbolak balik tidak diambah........Amithna bil iman
mengenal beza akal dan nafsu...
mengenal ALLAH tuhan yang satu...
Walau sehuruf tidak sekutu.....
Merasa diri sehama kutu...
Hidayah belas pohon membantu.....................Subhanallah
Agar hidup hati yang syukur..
Mati nanti tidakan kufur....
Bersaksi ALLAH dapat ditutur....
Amarah alwamah dapat digempur
Pulang kamil sinafsu luhur............................Wa bihamdih
TIada Fansuri berhujah kasar..
Puisi indah menjadi busar...
Panah dilancar menucuk sasar..
Jadi peranti kecil dan besar..
Mencubit rasa hati yang gusar.....................Hasbi Rabbi
Ilir ILir tembangan jawa...
Warisan wali sembilan saudara..
nafi mendabik isi didada...
Itulah sufi ampunya cara..
Seni irama gurindam setara................................Jalallah
Allahu A'lam
dipetik dari
http://www.bicaramuslim.com
by kkhailani on Fri Dec 28, 2007 9:49 pm
.......................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
28 Oktober, 2008
KEMBARA
Mentari mencekam dada
Debu-debu di jalanan
Menjadi teman setia
Tiada lain tujuanku
Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui
Oh! terdengar suara halus
Bagai dengar dan menghilang
Katanya pulanglah oh! anakku
Ia tiada di sini
Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Di masa kini adakah kau peduli
Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti
Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Mungkin selamanya takkan aku temui
..........................................................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
20 Oktober, 2008
aku adalah diriku
kekadang aku pikir..
mesti orang pelik tengok aku..
kena marah pun bley senyum..
bley gelak..
kena kutuk pun sama..
aku bley gelak..
bley senyum...
tapi tak bermakna aku tak TERASA
tapi tulah cara aku hepikan diri aku..
kekadang bila ader prob aku bley gelak..
bila aku sedih aku cuba gelak..
walaupun hati pedih..
aku tak mintak diriku difahami
aku tak mintak aku di hormati..
cuma aku mintak aku dihargai..
sebagaimana manusia-manusia yang lain..
aku juga tidak sempurna..
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
16 Oktober, 2008
Dah lama.. 21 tahun daa
selama 21 taun aku duk kat dunia nih, sesekli raser cam lama, kekadang raser sekejap jer.. namun apa yang aku nak, aku impikan hampir tercapai, namun aku masih tunggu cita-cita yang paling aku impikan, raser cam lambat jer, kekadang putus asa pun ader tapi aku nak capai gak, aku raser itulah hadiah paling aku suka dalam hidup aku aku.. walaupun dulu ma & ayah aku paling kuat menghalang now meraka dah bley trima impian aku tuh.. however aku harap mereka gembira walaupun mereka mungkin keliru macam maner aku bley ader minat nih..
erm kekdang dalam 21 tahun nih, aku terpikir camner lah hidup aku tahun-tahun mendatang, camner lah aku nak hadapi perubahan dalam hidup aku, dulu maser kecik nak jadi dewasa, skunk bila dah dewasa terkenang kan waktu kecik.. memang nafsu manusia nih tak puas agaknya..
dulu waktu rekrut wataniah kalau bley taknak jumpa ari esok… skunk tiap kali malam tak sabar rsernya nk tengok matahari terbit…
15 Oktober, 2008
TAK PAHAM
pening temapt keje lagi..
pening pasal mereka lagai..
aduh..
sakit otak aku..
kerja dah macam jadi banyak serve free kat company
itu tak dapat claim, ini tak dapat claim..
ni la susah keje company melayu yang family bines..
bila bos syer kurang dari madam..
otomatikli madam dapt full authority bab finance..
madam plak jenis kuat cemburu...
aduh jiwa kacau..
kalau tak efek kat aku takper..
ni skali nagn aku pun sangkut..
mana tak sangkut gaji diorang pegang..
naik bingung aku..
lagi 3 tahun kena keje sini..
pasal apa??
aku kena bone services rm 30k or 3 years keje...
ni suma pasal training..
kalu trainig kat luar negara takper gak ..
ni kat dlam malaysia.. 2 minit baru start kena plak wat keje lain
hurm
aduih..
14 Oktober, 2008
2 HARI LEPAS
maknanya dah 22 tahun aku tengok dunia..
kalu dulu hidup sibuk ngam blaja..
kata mak ayah aku, diorang tiada harta
yang ada cuma bley bagi aku balaja
katanya lagi ilmu itulah harta
sebagai bekal masa depan aku..
skrang aku dah kerja..
kalu dulu sibuk ngam kelas, pening nagm matematik
skunk pening plak ngam kerja..
kekadang bosan lak kerja nih..
bila dah kerja nih banyak plak komitmen..
buka pada aku sorang, bukan pada kerja
tapi pada semua yang ader di sekeliling aku
dah 22 tahun ni aku makin berharap
hari-hari mendatang masih ader sinar
masih lagi aku bernafas, untuk mengotakan cita-cita,
harapan dan impian aku yang belum terlaksana
13 Oktober, 2008
Bermulanya
dah lama aku baca blog
skunk aku nak bermula dengan aku sendiri punya blog
dulu aku hanya berblog kat frienster jer
skunk nak cuba blogspot.
bukan nak bercakap atau mengata orang
cuma nak berkongsi apa yang aku alami
bila sekeliling hadir dalam hidup aku