22 Disember, 2008

Kelibat Korupsi - One Buck Short

Song / Lagu : Kelibat Korupsi - One Buck Short

Lyrics / Lirik Kelibat Korupsi :


Verse 1:
Bertapa hebatnya kita membeli isu terkini
Fakir miskin terpedaya
Orang kaya semakin kaya
Bagaimana kita nak maju asyik mereka rembatkan
AP senang didapat
Projek besar diorang rembat

45 hitam biru mencari-cari
tujuan
Aku dia kita mangsa
Hal kecil menjadi besar
Apa lagi yang kita semua perlu lakukan
Bangsa kita keluar malam
Maruah bangsa semakin curam

Chorus:
Ingat kita takut?!
Apa mengarut?!
Kita tunjukkan!
RAKYAT KEDEPAN!

Verse 2:
Bertahun-tahun akan kita merasai sengsara
Peperangan yang tak sudah!
Cari harta mengambil tanah!
Walau sekarang kita hidup hidup dah cukup mudah
Tak cukup tamak harta
Cari makan mereka kata

Dikir Barat:

Bak Kata
Cerita pendek
Kita harus
Kerja sama

Jaga jaga
Jaga nama
Kalau jatuh
Depa pijak

Kerja sama
Boleh maju
Jangan malas
Jangan tipu

Makan rasuah
Tikam belakang
Semua ini
Buat rosak

Tukar cara
Kita fikir
Baru hapus
KORUPSI!

Tukar cara
Kita fikir
Baru hapus
KORUPSI!
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

15 Disember, 2008

Perbahasa oh Perumpamaan

assalamualaikum..
terdetik di hati kecil ku
beberapa perumpamaan dan peribahasa yang disalah guna
seperti..

"jangan menilai sesuatu dari luaran"
"cermin diri dulu sebelum menasihati orang"

aku bukan sasterawan untuk mengupas perumpamaan
aku bukan ulama untuk mengupas hal agama
aku hanya manusia biasa yang ada lemah dan kurang.

"Jangan menilai orang dari luaran"
perumpaman ini merujuk kepada tanggapan
kita melihat seseorang dungu atau bodoh alang
tapi hakikat dia adalah sebaliknya
kita melihat orang itu menutup aurat, alim
tapi sebaliknya...
bagi aku perumpamaan in bukan untuk melihat
sisi gelap seseorang,
perumpamaan ini adalah supaya kita
tak memandang rendah pada sesuatu..
tapi ramai yg mengunapakai pakai
perumpamaan ini untuk menegak benang yang basah
mengapa??
aku mengambil contoh paling mudah
Aurat wanita..
ramai yang berkata..
"aku tidak bertudung tidak semestinya akhlak ku kurang,
yang bertudung lebih teruk lagi perangainya"
apakah mereka-mereka ini lupa islam secara terangan..
Aurat itu menunjukkan akhlak..
tidak menjaga aurat umpama membiarkan makanan
dihurungi lalat..
bila menyebut harta ramai pulak yang menyimpan
tapi meraka tidak mengerti
suruhan menjaga Aurat adalah adalah suruhan menjaga diri
kerna diri sendiri harta yang tiada nilai..

"cermin diri dulu sebelum menasihati orang"

bila kita memberi nasihat.. teguran..
aku pasti ramai yang menerima sindiran sebegini
bila aku mendengar aku terasa geli hati..
salahkah peribahasa ini?
jawabnya tidak..
pernah dulu seorang guru aku berkata..
bila ada penagih berkata "jangan la hisap dadah, bahaya"
janganlah kamu menidakkan nasihatnya
mengapa?
tidakkah seperti peribahasa tadi?
dulu semasa di bilik darjah aku kurang mengerti
tapi sekarang aku memahami..
kalau aku mengunakan peribahasa tadi sebagai
pegangan sudah tentu aku jadi seperti dia
pandangan aku senang.. dia lebih mengetahui keburukan
sebab itu dia menghulur nasihat..
kenapa? fahami senario
aku berkata" wei mat ko jangan pegang benda ni nanti melecur".
mat berkata "mana ko tahu?"
jawabku" aku tahu la, aku dah kena"

jadi sesama kita fikirkan!!!
(adakah anda nak ungkapkan "cermin diri dulu sebelum menasihati orang" padaku?)

peribahasa dan perumpamaan untuk menasihati
merujuk kepada apa yang benar
bukan untuk memperjuangkan yang salah
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

10 Disember, 2008

AIDIL ADHA

erm dah beberapa hari aku tak menulis..
bukan apa malas sangat..
lagi pun cuti kat kg takder tenet..
sajer tak nak subcribe

Raya..
sebut jer pasal raya teringat ucapan maser perjalan melaui higway kesa untuk ke tol gombak..
bila melepasi jer area BAVERLY HILL malaysia tu aku ngam my brother ada gak tegur..
"ai tak takut ker berumah di lerang bukit, rumah besar bagak, aku kat higway nih halus jer rasernya" abang aku cuma gelak jerk..
bila samapi jer kat kampung besok pagi.. kecoh pasal tanah runtuh..
kat tempat kitorang tegur..
terpikir gak dalam hati.. kitorang ni orang ke 40 ker yang tegur..

hurm entah la..
bila mencari penyakit.. dapat la penyakit..
cuma berdoa semoga in takkan berlaku lagi masa depan..

sampai jer terengganu hujan tak berenti-renti mencurah
tengok sungai pun cam nak melimpah jerk...
tapi alhamdullillah malam ke pagi raya suusana ok cuma mendung..
seronok jugak solat aidil adha kat masjid..
bila dah abis solat..
sampai plak time sembelih korban kat umah aku
tumbang seekor kerbau
bukan setakat sembelihan korban jerk..
tapi ramai yang berkorban nak setllekan melapah kerbau..
tengah dok asyik melapah hujan turun renyai-renyai...
tapi aku tengok semua komited dengan kerja memasing..
takder yang berganjak..
yang ader payung tolong payungkan yang melapah..
syukur aku pada ilahi
masih ada lagi amaln kerjasama dan tolong menolong di kampung aku ni..
pengalamn beraya,korban dalam hujan yng pertam aku lalui
kalu beraya dalam hujan biasa..
tapi kalau ibadah koraban ditengah hujan ini luar biasa




........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

03 Disember, 2008

Engkau Laksana Bulan

Engkau Laksana Bulan

Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kautawan
Hidupku tak keruan.
O ... O ... O ... O ... O ... O ... O ... O
*Kaucabutlah nyawaku
Oh Tuhanku
Mengapakah
Kaubezakan hidupku
Oh Tuhanku
Mengapakah
Manusia begitu
Mengapa kudisiksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita
O ... O ... O ... O ... O ... O ... O ... O
*Kaucabutlah nyawaku
Oh Tuhanku
Mengapakah
Jadi miskin hidupku
Oh Tuhanku
Mengapakah
Sangat buruk nasibku
Mengapa ku disiksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita
(* versi baru: Kautinggalkan diriku)

Senilagu : P. Ramlee
Senikata : Jamil Sulong

Filem : Penarik Beca
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

01 Disember, 2008

AKU KINI DSEBABKAN AKU DULU??

urgh..
bosan tul..
ari minggu terperap dalam bilek jer..
almaklum la jumaat itu ari keje membawak ke sabtu pagi..
pukul 7 pagi sabtu baru sampai umah..
lenyap sabtu aku dalam bilik..
bangun jer.. menung jerk..
tunaikan apa yang patut..
then sambung lagi cerita dialam maya..
ni la keje yang paling bingung aku rasa..

menyesal ker aku dulu malas belaja?
jawabnya takder..
pasal apa?
itulah diriku, apa yang aku mampu..
aku tak boleh jadi orang lain kerna diriku adalah tersurat
dimana kemampuan aku, itulah usaha aku..
yang penting aku ada plan..
plan la yang membuat aku gagah berusaha
kekadang tersasar lencongan
itu adalah lumrah..
umpama air..
untuk sampai destinsai..
berbagai rintangan harus dilalui..
jalan mudah,senang or susah,penuh ranjau..
yang penting tetap sampai



........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira