20 Disember, 2009

pic aku hilang

salamm..
aku sebenarnya nak bercerita banyak.. tapi buat masa ni aku keep dulu cerita aku... ni baru lepas merayap dari satu folder ker satu folder dalam pc nih.. pic aku ilang.. baru ingat nak upload kat FB... dah la aku nih jenis kurang bergambar.. dan pic aku amik tu plak amt jarang skali bley di ambil, pic baju loreng askar wataniah aku full set disebelah pajero TDM.. aku amik masa training perbarisan 31 0g0s 2oo7 kat melaka.. masa wakil ATM... erm mayb dah terdelete bersama virus kot.. geram tul......
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

19 November, 2009

Nak Jadi Kaya?? part 2

ikuti perbualan aku ngam member aku Faizal.. aku share bukan tak suka bisnes..
tapi setiap perbualan kalau perihatin akan dapat sesuatu yang berguna..
lagipun bagi aku ni adalah motivasi..


MOHD FAIZAL MOHD NOR: frusted tu benda apa..?
MOHD FAIZAL MOHD NOR: bahasa apa ko guna tu..
kkyras: tengah layan one piece nih..
kkyras: JPN-TRG-ENG
kkyras: aysik gambar duit jerk..
kkyras: meh kat aku 3-4 helai..
MOHD FAIZAL MOHD NOR: dah kaya nak buat cam na..
kkyras: Giggles: Hee Hee
MOHD FAIZAL MOHD NOR: nak bikin sendiri la.. aku bleh bg peluang.. nak bg duit sori la..
kkyras: huu..
kkyras: buat modal..
MOHD FAIZAL MOHD NOR: sampai bila nak bg duit jerk.. kena bikin sendiri la..
kkyras: hehehe..
MOHD FAIZAL MOHD NOR: bg peluang tolak..
MOHD FAIZAL MOHD NOR: tapi hari2 mintak doa dgn tuhan murah rezeki..
MOHD FAIZAL MOHD NOR: tapi bila tuhan buka pintu rezeki ko gi tutup..
MOHD FAIZAL MOHD NOR:
MOHD FAIZAL MOHD NOR: keja senang duit dpt byk.. tu pun org takut lagi.. tak paham tul aku.. tak pe la.. biar aku sapu sorang2.. hehehe
kkyras: hehe..
kkyras: take a risk when you are ready..

MOHD FAIZAL MOHD NOR: kalau nak berjaya dgr naasihat org berjaya.. kalau nak kaya dgr nasihat org kaya..
MOHD FAIZAL MOHD NOR: rasulullah pun pernah cakap.. kalau kita berkawan dgn org buat minyak wangi.. kita akan dapat bau wangi.. kalau kawaan dengan tukang besi.. kita akan dapat percikan api besi..
MOHD FAIZAL MOHD NOR: tak de org yg berjaya dalam dunia nie penakut.. semuanya berani..
MOHD FAIZAL MOHD NOR: contoh terdekat dgn ko tu.. pak jak..
MOHD FAIZAL MOHD NOR: berani berubah,,
MOHD FAIZAL MOHD NOR: berani amik risiko..
MOHD FAIZAL MOHD NOR: berani amik keputusan..
kkyras: aku tau...
kkyras: berani tuh memeng la berani..


03 November, 2009

Nak Jadi Kaya?? hehe

Ni la conversation aku dan member aku kat YM

MOHD FAIZAL MOHD NOR: anda minat jadi kaya..?
MOHD FAIZAL MOHD NOR: hubungi saya untuk temujanji 012-xxxxx

kkyras: sapa x nak kaya..
kkyras: jual apa?
kkyras: modal besau?
kkyras: hehehe

MOHD FAIZAL MOHD NOR: kalau nak kena buat temujanji.. citer dlm ym tak de kelas la.. nak buat untung puluh2 ribu mana bleh bincang sini.. kena face to face la..

kkyras: cewahh
kkyras: weh hanset tu pecerita?
kkyras: ok ?
kkyras: e65?

MOHD FAIZAL MOHD NOR: syarat wajib... kena positif thinking, no alasan, cepat bertindak..
MOHD FAIZAL MOHD NOR: handset tu ok je.. blum meragam lagi..

13 Oktober, 2009

aku yang ke 23 tahun

semalam 12/10/2009
aku nyer besday yang ke 23 tahun..
sibuk sangat sampai tak sempat nak menulis..
trimas kepada yang wish..
melalui sms,facebook,YM, Tagged n blog
dayah smam (chunk),
sepul smam (chain),
suraya pkn (share sama hari),
mat nyum (smtd schollmate)
poji Smam
syahid smam
adeq Pkn
syarani pkn
rohilah (x-officemate)
farhana smam
syahida..
dan lelain..

pejam celik..
rupanya aku dah 23 tahun..
melihat dunia..
syukur ya Allah..
masih beri aku kekuatan..
untuk aku jalani hidup..
trima kasih ma dan ayah...
susah payah besarkan aku..
dalam 23 tahun banyak yang berubah..
fizikal, mental,watak juga berubah..
namun kepada mereka yang kenali aku..
aku tetap sama macam dulu..
banyak juga pengalaman hidup aku perolehi..
berbagai episode kehidupan aku lalui..
yang pasti tiap episode akn bertukar tajuk..
namun setiap perjalanan..
aku pahat harapan..
agar aku dpat capai cecita aku..
tiap kali umur bertambah..
bermacam persaan aku ada,
syukur, exited,bimbang,dan juga takut..

Aku syukur kerna masih bernyawa..
aku syukur hidup dalam keamanan..
aku syukur aku punyai pendapatan..
aku syukur untuk segala nikmat illahi..

aku exited menjalani fasa baru kehidupan..
aku exited makin bertambah aku punya pengalaman..
aku exited aku menuju kematangan..

aku bimbang dan takut cecita aku gagal..
aku bimbang dan takut adakah aku di landasan yang betul..
aku bimbang dan takut adakah masaku sudah hampir..

erm..
bagiku tiap kali ulang tahun adalah permulaan..
permulaan kiraan kehidupan..
bermulanya tiap satu azam..
tahun ini aku berazam untuk langsaikan short term planned
banyak yang dah overdue date..
namun azam baru tak lupakan aku doakan..

aku doakan kepada semua yang mengenali aku,
samada secara langsung or tidak..
berjaya dunia dan akhirat..
berjaya penuhi impian..
semoga sentiasa berbahagia dan sihat sejahtera..
be the best as you are..
be the great as a human and muslim..
amin..
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

02 Oktober, 2009

Pekerja, Mesin dan Majikan

Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..
kali ini aku bukan nak bercakap pasal raya...
walaupun raya aku dalam lewat 5 tahun kebelakangan ini amat unik..
amat bermakna bagi aku..

kali ini aku nak merapu
pasal Aku = pekerja..
pasal Mereka =Majikan..
pasal Sekelilingku =Mesin..

bagi aku definisi pekerja adalah
melaksana tugas sehingga siap..
aset sesebuah company
bertanggungjawab pada kerja dan amanah..
dan yang penting dapat payment..
manusia yang mempunyai emosi..

Majikan adalah yang menggaji pekerja..
memiliki menjana pendapatan melalui pekerja dan mesin..
dan yang penting walayu cmner sesak dan nazak company..
payment gaji, kebajikan pekerja harus dijaga..

Mesin plak satu alat yang dikendalikan pekerja
tiada akal yang tahu cuma logic.. true/false..
perlukan kebajikan (maintanance)
emosi plak tak sehebat manusia..
juga aset company

apa aku nak bagi tau kat sini pekerja dan mesin..
melakukan konsep yang sama..
menjalankan kerja namun berbeza cara..
pekerja bekerja menggunakan akal.., tenaga dan kudrat
mesin plak hanya tenaga (akal nyer datang dari manusia)
pekerja bukan mesin..
bila pekerja mogok boleh lagi timbang tara..
tapi bila mesin yang mogok.
stanby kertas ringgit yang banyak..

Dalam company majikan berhak..
keatas pekerja dan mesin..
bila2 masa boleh di tendang..
namun jangan lupa..
pekerja dan mesin berkuasa menetang majikan..
umpama 2 vs 1

Mesej aku nak sampai cuma Aku Pekerja..
Aku bukan Mesin..
Tapi aku Adalah Aset
Mesin Juga Aset..




........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

01 September, 2009

ENtri Merdeka AKu

31/08/2009

Riuh rendah suasana menyambut merdeka..
tahun ini merdeka dibulan barakah..
merdeka juga dikala wabak H1N1
dikala ramai yang menyibukkan diri beribadat dimasjid..
memanfaat ruang merdeka dari dampingan syaitan
dikala itu juga hampir jutaan manusia berasak-asak di kuala lumpur..
bersama-sama penjajah dan penakluk iaitu nafsu..
termasuk diriku .. rebah.. tunduk.. pada keseronokan
bersama alasan mengenal sambutan merdeka orang KL..

seingat aku ..
ini kal ke-3 merdeka di KL
kali ke 22 merdeka dalam hidup aku..
apa itu merdeka?
betul ker aku sudah merdeka?
merdeka dari segi apa?
aku sendiri kurang pasti..
kalau dikatakan merdeka dari penjajah..
aku tidak hidup di zaman itu...
kalau dikatakan malaysia merdeka..
aku juga kurang pasti tarikh merdeka sebenar..
yang di sumbat kedalam buku 31/08/1957
tapi disangkal manusia disabah dan serawak..
merdeka dari keluarga?
umur 11 tahun aku sudah berjauhan..
bermula saat itu, boleh dikira aku bersama keluarga..

hurm...
entah lah..
kekadang jika berfikir dari luar norma aku..
aku ini belum merdeka sepenuhnya..
bukan taklukan orang..
tapi taklukan minda, nafsu dan keinginan sia-sia
minda yang masih berada pada takuk lama..
nafsu masih lagi menjajah minda dan akal..
nafsu masih mencucuh obor keinginan sia-sia..
ya tuhan.. ampunkan aku..

teringat...
saban tahun...
bermula detik saat merdeka 31/08/ 2003..
hingga kini.. tatkala aku keseorangan
aku sentiasa teringat.. sentiasa terkenang..
perginya seorang kawan.. menyahut seruan illahi
merdeka lah dia dari godaan dunia..
masih aku ingat patah tutur pada malam itu..
masih lagi aku ingat gurau senda..
namun tanpa ku sedari..
itulah gurau aku yang terakhir..
itulah perbualan aku yang terakhir..
siapa dia? seorang rakan..
kenapa aku sentiasa terkenang?
perginya dia di malam merdeka..
di kamar asrama..
mengapa aku pahat dalam memori?
keran bila dia tiada baru ku sedar..
dia lah saudaraku, waris keluargaku..

Al Fatihah..
YA Allah... syuburkan hati kami dengan taubat..
YA Rahman.. berkati rezeki-rezeki kami..
YA Rahim.. Jauhkanlah kami dari neraka..
YA Malik.. peliharakan kami dari kesesatan..
YA Salam.. Peliharakan kami dari Kemusnahan jiwa..
YA Khaliq.. siramkan dan semaikan benih cinta padaMu di hati kami
YA Ghaffar.. Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa ibubapa, dan guru-guru kami..

........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

20 Ogos, 2009

Kenangan,Hidup,Cinta Dan Kehendak

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah,
tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.
Hidup tak selalunya indah
tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir...
Jangan disalahkan cinta yang hadir kerana ia anugerah..
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir...
cinta sesama makhluk cinta sementara..
cinta pada allah cinta hakiki..
Masa depan yang cerah
berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. ..
Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati
yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.
wajib kita menerima iradah allah
melebihi dari kehendak manausia
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

31 Julai, 2009

Kerana Dia Manusia Biasa, ( entri yang membuat aku befikr panjang)

Kerana Dia Manusia Biasa
aku petik dari
www.iluvislam.com
diedit oleh : everjihad

*****************************************

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

**********************************************************



Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam.

........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

20 Julai, 2009

Murid Sekolah Vs Protege MENTOR

aku bukan la peminat mentor yang sangup
mengundi.. aku cuma penonton yang sesekali
mencari sedikit hiburan untuk lepas tekanan
melihat sesuatu untuk memangkin pemikiran..

apa yang menarik minat aku..
murid dirotan guru masuk court
pelajaran dah disiplin murid ntah kemana

tapi
protege dirotan, dapat kemenangan
dapat hadiah, galamer, mentor nya plak terus naik saham
alangkah bagus
kalau lah yang menonton mentor
mengambil iktibar dan pengajaran
tindakan guru bukan mendera tetapi mengajar
dinasihat dengan mulut (warning) tak di endah

murid sekarang ramai yang bermasalah,
lagi teruk dari zaman 2000 kebawah
zaman aku tuh dah kira teruk..
buli gadoh... tapi still takut n hormat cikgu

ntah silap dimana,
nak kata murid, dia tak dpat didikan penuh
nak kata guru, pengajaranya terhad
sapa yang salah? tak lain tak bukan Mak n Ayah

teringat di zaman aku balaja
sekolah rendah dan menengah
kata ayah aku " tak dapat asrama atau tak ada asrama jangan mintak sekolah tu"
kata mak aku plak
masa hari first day blaja and tiap kali perjumpaan ibubapa gan guru
"cikgu, kalau anak saya malas, degil, tak buat kije cikgu rotan lah, pukul lah, janji jagan patah atau mati sudah"
kekadang ada time ada gak malas buat kije sekolah, kena rotan, berbirat tangan..
mak aku tengok n tanya apasal..
ingatkan nak taruk ubat..
lepas cerita lagi teruk kena sebat...


........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

30 April, 2009

AKu,AKu dan Aku lagi

Assamualaikum
kepada follower,viewer..
trima kasih kerna sudi membelek blog aki
tiap kali aku menulis..
banyak kisah pasal aku, cerita berkait dengan aku..
kekadang aku menjadikan diri sebagi rujukan..
rujukan untuk mengukur sekeliling..
orang kata jangan ingat kita jahat, semua orang jahat..
jangan tengok kita baik, ornag pun baik cam kita..
bagi aku manusia ni sama "insan" (pelupa)
kelebihan dan kekurangan manusia adalah fair and balance..
sperti dlam lagu "aku manusia, pelakon cerita, di pementasan, alam ciptaanNYA, kadang terlupa watak dan peranan, aku manusia"(amuk--AKU mahu pulang)
aku dan kamu ni pelakon, didunia yang merupakan persinggahan,
pentas untuk aku dan semua berusaha
menunjukkan rasa cinta yang agung pada sang pencipta..
namun kekadang aku dan kamu kecundang,
namun DIA tak pernah menyisihkan hambaNYA
DIA tak pernah membenci hambaNYA walau sebesar mana kesalahan..
yang penting merintih sujud kepadaNYA,
merayu taubat kepadaNYA..
aku, kamu dan mereka adalah sama,
pangkat, kekayaaan, kemegahan,kenamaan
tiada erti , tiada beza disisiNYA..
yang membezakan hambaNYA
amal, dan Amalan, ibadat dan ketaatan pada agama..


........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

24 April, 2009

SIBUK SANGAT KER AKU??

terasa persoalan ini
belegar-legar di minda aku yang makin kusut...
adakah aku terlalu sibuk..
blog aku pun sebulan sekali update..
update pun copy an paste jerk..

hurmm..
nak kata sibuk kerja tu tak la kot..
kije fair la, ada sibuk ader rilek..
yang sibuk kepala otak aku nih..
tak bley nak pikir benda lain..
kerja..kerja..kerja..
sampaikan tidur aku pun..
diganggu mimpi pasal kerja..
kekadang ok la jugak mimpi pasal kerja nih..
paling tidak aku dah bereksperimen..
menggunakan minda bawah sedar..
tapi kekadang bosan..
kerna mimpi tu datang tanpa dipinta
tanpa dicita, tanpa amaran awal..

sibuk? apa erti sibuk bagi aku..
bagi aku makan tu pun sibuk..
tidur pun sibuk..
kerja pun sibuk..
menyibuk hal orang pun sibuk..
banyak sgt..

namun.. aku bertuah..
masih ader peluang dan waktu aku lari dari kesibukan..
ketika mana?
ketika menghadap illahi menunaikan tanggungjawab..
hilang sebentar kekusutan.. hilang sebentar kesibukan..
lega dari seribu keresahan..




........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

31 Mac, 2009

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
--------------------------------------------------------
Sesama kita menasihati antara satu sama lain kerana ianya salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang menyampaikanya meskipun dia sudah mati.

........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

CAra ATasi Sihir atau ilmu Hitam

PAGAR DIRI DARI SIHIR DAN ILMU HITAM

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).


..............................................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

20 Mac, 2009

20 PERKARA JANGAN

20 PERKARA JANGAN

• JANGAN sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
• JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
• JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
• JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
• JANGAN tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
• JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
• JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
• JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
• JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
• JANGAN bergaul bebas ditempat kerja.
Banyak buruk dari baiknya.
• JANGAN menangguh taubat
bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
• JANGAN ego untuk meminta maaf
pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
• JANGAN mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
• JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
• JANGAN bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
• JANGAN banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.
• JANGAN biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
• JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
• JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
• JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


SESUNGGUHNYA ALLAH TAHU APA YANG HAMBANYA LAKUKAN..

(email dari kawan "Mohd Syahid Bin Yasin" aku publish kat blog, semoga jadi guide pada aku dan pada yang lain)
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

10 Mac, 2009

Blog aku bercelaru

erm agak berserabut sket..
malas nak menaip..
malas nak menyusun dan menghias..
kerna kau bukan kreatif..
aku hanya suka berfantasi..
tapi bukan pada seni lukis..
tapi hanya pada keindahan kata..
yang kekadang hanya aku..
yang mengerti akan maksudnya..

bagi aku sekeliling..
hanya satu medium..
satu channel..
untuk mencari realiti...
dan mengapai bahagia..
kerna bahgia itu dari hati..


........................

Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

26 Februari, 2009

Renungan

  • Pedoman...


"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

  • Kemaafan...


"kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"

  • Wanita...

    Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan.
dipetik dari..
http://nursyirah.wordpress.com/category/puisi-syair/
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

Adab bercinta dalam islam

Adab bercinta dalam islam

Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn Bhd ( di rip dari http://sillaturahim.wordpress.com/2008/04/08/adab-bercinta-dalam-islam/ )

Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta…

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.


........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

17 Februari, 2009

Sudah Kusam

sudah kusam blog aku ni.. malas giler nak update.. bukan apa memacam jalan cerita aku lalui sejak dua tiga menjak.. begitu banyak.. kekadang putaran kisah yang sama. tapi itulah skrip-skrip kehidupan yang aku kena jugak tempohi..
Bermulanya aku kena outstation luar semenanjung (first time) naik flight (pun first time) tiga jenis flight aku tumpang 1, Boeing (mas) kl to sibu 2. Fokker (maswing) Mukah to kuching 3. airbus (air asia) Kuching to kl.. banyak perkara aku lalui di serwak..
aku tersadai airport sibu dalam 3 jam(managment lambat pump duit) aku kena naik bus dari sibu kemukah, jalan offroad 4 jam, sapa yang tahu jalan tuh camner tau la perasaan(management nak cut cost) aku sampai mukah dalam ketika banjir mula melanda, siap kerja kau kena ke kuching untuk hanover barang tapi sebelum kesana aku berhujan cari teksi/kereta sewa, amat sukar pasal dah banjir, naseb abik aku simpan kad kereta sewa masa aku tersadai di airport.. pergi mukah airport tiket da abis.. aku waiting list.. dalam fokker terasa gerun sekali, telinga pun bengang giler.. tapai aku ada ubat.. heheh tido jer... sampai kuching skali lagi kau tersadai tapi ni bukan salah sesaper tapi inillah fitrah alam aturan ALLAH SWT, Khucing banjir besar.. dari cerita ini lah banjir paling teruk dari 2004. aku pusing khucing kejap jer.. pasal aku punya intend kerja bukan makan angin..


........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira

05 Januari, 2009

“The Square Root of Three” by David Feinberg

“The Square Root of Three” by David Feinberg

I fear that I will always be
A lonely number like root three

A three is all that’s good and right,
Why must my three keep out of sight
Beneath a vicious square root sign,
I wish instead I were a nine

For nine could thwart this evil trick,
with just some quick arithmetic

I know I’ll never see the sun, as 1.7321
Such is my reality, a sad irrationality
When, arc! Just what is this I see,
Another square root of a three

Has quietly come waltzing by,
Together now we multiply
To form a number we prefer,
Rejoicing as an integer

We break free from our mortal bonds
And with a wave of magic wands
Our square root signs become unglued
And love for me has been renewed

........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira