Assalamualaikum dan salam sejatera
Entri aku kali ini adalah jawapan pada persoalan yang aku letak kat FB. Secara jelas aku nak bagitau aku "Menyokong Penuh Bersih" walaupun aku tidak turut serta dalam rally kat KL.. berikut adalah persoalan aku dan jawapannya. (agak panjag sedikit kali ini)
Salahkah aku menyokong?
Hati aku berkata aku x bersalah menyokong sesuatu yang menyeru kearah kebaikan. mungkin ada akan berkata aku menyokong pertubuhan/perhimpunan haram. jawapan mudah Bersih bukan persatuan ia adalah kempen maka ianya bukan pertubuhan (jadi buka pertubuhan haram lah), perhimpunan haram adalah dibawah ordinan darurat yang mana kuasanya terletak kepada seorang menteri dalam negeri dan timbalan menteri. yang mana boleh keluarkan arahan samada berteraskan akal atau nafsu.(sedar x sedar kita masih darurat sebenarnya). aku juga tidak salah menyokong kerana aku mempunyai kepentingan peribadi keran aku akan mula membuang undi pertama aku pada PRU13 nanti.. jadi aku x mahu undi aku nanti diekploitasikan.
apakah yang aku sokong?
aku menyokong apa yang dituntut oleh Kempen Bersih 2.0
TUNTUTAN 1 : Bersihkan senarai Pengundi.
seperti semua tahu maklumat pengundi tidak bersih. ada yang mati masih berada dalam senarai pemilih. ada yang satu rumah mempunyai berpuluh penghuni. perkara begini menimbulkan syak kerana buat apa disimpan senarai kalau pemilik indentiti tidak wujud.
TUNTUTAN 2 : Mereformasikan Undi Pos.
reformasikan undi pos bukan bermakna hapuskan undi pos tapi biarlah undi itu melibatkan mana2 anggotan yang bertugas sahaja. lagipun undi pos ini adalah tidak telus. seperti kata bapa saudara (anggota keselamatan) "undi sudah pun ditandakan oleh pegawai, pegawai panggil, sebut no pengenalan pangkat kemudian pegawai itu terus masukkan kertas undi dlam beg undi pos" itulah yang dinyatakan beliau. maka sudah terang undi ini tidak telus. lagpun biasanya undi pos lambat sampai. kadang2 undi pos juga dilencongkan ketempat mereka hampir kalah.
TUNTUTAN 3 : Guna Dakwat Kekal Dalam Pilihan Raya.
guna dakwat kekal sudah di amalkan oleh negara lain. lagipun ini sebagai satu kaedah sebagai tanda bahawa seseorang itu telah mengundi dan tidak mengundi menggunakan identiti orang yang tidak wujud. Tedengar jugak kerajaan nak gunkan kaedah biometric. Kaedah scan mykad kat cam kat bank? Ni lagi menyussahkan dan mengkayakan kroni.
TUNTUTAN 4 : Akses Media Bebas & Adil.
Media arus perdana berat sebelah, sampaikan aku dah muak tengok berita kat tv, aki dah muak baca berita harian, baca utusan, Bila ada jer pengudian media arus perdana terus berkempen untu kerajaan.
TUNTUTAN 5 : Tempoh Berkempen Sekurang-Kurangnya 21 Hari.
Yang ni aku takleh komen banyak . tapi bagi aku ia adil untuk semua memandangkan kerajaan berkempen melalaui televisyen sebelum penamaan lagi.
TUNTUTAN 6 : Kukuhkan Institusi Awam.
Instutusi awan telah rapuh. Kehakiman juga telah rapuh keran seharusnya badan ini hendaklah menjaga keseimbangan kuasa antara badan eksekutif dan badan perundangan. Badan ini jugak hendaklah memastikan tiada penyalahgunaan kuasa badan eksekutif
TUNTUTAN 7 : Hentikan Rasuah.
Yang x perlu bagtau.. semua dah tahu
TUNTUTAN 8: Hentikan Politik Kotor
Teramat kotor sekarang ini. Inilagh terjadi bila agama dipisahkan dari poltik
adakah aku menyokong agenda tersembunyi?
Aku tidak menyokong mana2 agenda tersembunyi keran dalam Bersih jelas ianya bukan agenda tersembunyi tapi agenda yang 8 itu sahaja. Dalam rally tiada berlaku perang pun yang ada hanya provokasi dari pihak polis.
adakah aku khianat pada pemerintah?
Bagi aku menyokong rally bersih x khianat pada pemerintah. Tapi lebih bersifat menyedarkan mereka. Sudah diajak berunding diam atau terbuka tetapi meraka tetap degil dan berkeras. Kuasa yang diberi datangnya dari rakyat. Rakyat yang membayar cukai yang dijadikan sebagai duit saku mereka dan ramai lagi yang membayar cukai. Ada juga yang bertannya x syukur ker apa kerajaan buat selama ni? Jawapan aku mudah syukur aku pada rezeki Allah dan sewajibnya kerajaan memberi segala macam kemudahan kepada rakyat kerana itu tuntutan wajib keatas mereka.
adakah aku khianat pada bangsa?
Bagi aku tiada istilah khianat pada bangsa. Walaupun ada terdengar bibit kata melayu bangsat. Yang khianat pada bangsa adalah mereka bangsa pemerintah. Kerna apa aku kata khianat? Banyak sudah yang terbukti di depan mata.. banyak suadah terbukti di internet. Yang menelan harta Negara adalah meraka. Sedangakan rmai lagi anak bangsa yang merempat, anak bangsa yang x mempunyai pekerjaan, anak bangsa yang tercicir. Aku kah khianat pada mereka? Tepuk dada tanyalah hati. Buka minda sucikan jiwa. Kamu akan tahu jawapannya
Seperti Puisi A Samad Said
“Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya”.
kuasa pun seolah menjadi hartanya”.
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira