07 Oktober, 2011

Aku tak pasti

saat ku terjaga dari tidur
ku teringatkan dirimu
lenakah tidurmu semalam?
sihatkah kamu hari ini?
terdetik suara hati..
adakah dia seperi ku
sering teringat padaku
entah aku tak pasti

saat aku ku berdoa
aku terkenangkan dirimu
aku titipkan doa
semoga kamu sihat..
semoga kamu beroleh ketenangan
hatiku bertanya lagi
adakah dia seperti aku?
berdoa untuk aku?
entah aku pun tak pasti

saat aku termenung di jendela
bayangan wajahmu menjelma lagi
aku merinduimu..
aku merindui gelak tawa mu
hati ini bersuara lagi
adakah dia merindui aku?
entah aku masih jua tak pasti

saat mata mahu terlena
igauanku padamu muncul
adakah hari ini baik untukmu
adakah hari ini bahagia buatmu
adakah kamu seperti aku
entah aku aku pun tak pasti


apa yang aku pasti
aku akan senantiasa
ingat padumu
merindu padamu...
ku berharap bila aku tiada..
kamu akan merindui aku kembali.
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
Comments
0 Comments

0 ulasan:

Catat Ulasan

free to talk...