AKU adalah diriku
MEREKA adalah keluarga,sahabat,kengkawan dan yang mengenaliku,
SEKELILINGKU adalah semua yang berlegar disekelilingku
06 Oktober, 2011
kenangan itu
kenangan lalu datang mengusik
membelah kesunyian malam
alangkah indahya andai
ianya satu realiti...
alangkah damainya hati ini
tapi....
ianya ternyata mimpi
ternyata fantasi
datang mengunjung tika sepi
kadang-kadang datangnya
membawa bahagia
kadang-kadang mengoyak
luka lama..
aku kaku dengan kenangan itu
aku buntu dengan kenangan itu
seingat aku
ianya telah kulipat
sekecil mungkin,
nun jauh kesudut hati
ku lempar dan ku sematkan..
namun...
apakan dayaku
sunyi dan sepi
menerjah jiwa dan minda
memaksa aku membukanya
walau sekuat mana ku tahan
aku tewas..
tewas dengan kenangan..
ku berdoa padamu ya Rab
berilah aku kekuatan..
berilah aku ketenangan..
agar kenangan itu berlalu..
agar fantasi itu hilang..
berganti dengan realiti yang hakiki
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
0 Comments
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)