04 Mei, 2012

Sekeliling


bila kamu tak pernah hiraukan sekeliling..
bila kamu tak pernah hiraukan orang lain...
bila kamu tak pernah cuba mengerti sedikitpun..
pasal sekeliling kamu....
kamu tak akan pernah sedar....
apa kamu utarakan itu jauh dari kebenaran...
jauh dari isu diperkatakan...
kerana saat kamu berkata-kata...
saat kamu mencoret...
saat kamu menaip...
hanya pendapat yang kamu sendiri cipta...

memahami bukan hanya melihat..
memahami bukan hanya mentafsir..
memahami adalah menyelami..
bukan menyelami dalam satu kehidupan...
bukan menyelami dalam satu wajah...

selamilah segala sekeliling...
selami segala kehidupan...
selami segala ragam sekeliling...
selami segala yang tersurat dan tersirat...

yang tersurat senang difahami...
yang tersirat boleh ditafsir..
yang tersirat dalam tersurat...
agak sukar difahami dan ditafsirkan...

selami yang itu baru kamu mengerti
apa yang ada di sekeliling kamu

........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira