17 Disember, 2010

terang... kukuh.. lenyap... tiba destinasi..

terangnya bumi kerna mentari
terangnya malam kerna bulan..
bersinarnya bulan kerna mentari..
terangnya hati kerna ilmu dan iman..

kukuhnya jiwa kerna sabar..
kukuhnya perjuangan kerna jihad.
kukuhnya kehidupan kerna ikhlas..
kukuhnya jasmani kerna dugaan..

ayuh terangi lah kehidupan ini..
ayuh kukuh permusafiran ini..
sementara jasad maih bernyawa..
sementara kudrat masih ada..

kerna yang terang pasti malap..
kerna roh itu akan kembali..
kerna kudrat itu akan lenyap..

bila pemusafiran ini tiba destinasinya.............................

Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
Comments
2 Comments

2 ulasan:

[S]itie [B]Um [B]Um berkata...

kerana internet...aku sampai ke blog mu!! =)

fauzi berkata...

huhu. tq kerna sampai ke blog usang ni..

Catat Ulasan

free to talk...