19 April, 2011

Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit , Naik Atas

aku x tahu permainan ini berasal dari mana, tapi yang aku tahu aku pernah main mende alah nih.. heheh..  kenapa aku tulis entry nih? bukan kerana cerita "hantu kak limah"  tapi aku terlintas sejenak bila dengar komen apek pada maharaja lawak minggu 2 "prinsip dia mudah kalau kita x pernah rasa sakit, kita x pernah rasa nikmat sihat.. enjit-enjit semut"
kalau kita imbas kembali permainan nih.. selagi x sakit selagi tuh jugak kita x pindah ke atas dan tangan kat atas kita akan terus mencubit sehingga kita rasa sakit.. dan juga mencubit dengan kemas untuk mengelak kita naik atas.. terdapat beberapa falsafah disebalik permainan nih yang aku nampak boleh kita terapkan dlam kehidupan sekarang.. dulu aku x nampak..

1) kita hanya akan cuba untuk berubah apabila kita merasakan keperitan dalam hidup. selagi x sakit selagi itu kita hanyut berada dibawah

2) bila kita dalam kesusahan atau keperitan kita, kita harus bangkit dan berusaha untuk keatas walaupun jalannya terlalu perit.. jangan cepat mengalah

3) kita x selama-lamanya diatas dan x selama-lamanya berada dalam keselesaan. keselesaan yang kita miliki kadangkala tanpa disedari kita menindas orang lain,sekiranya menindas orang lain.. kita juga akan merasa sakitnya orang yang ditindas.. diatas kita kena pandang kebawah kerna mungkin di satu masa itu kedudukan kita..

ini aku punya view la.. kerana apa yang sekekeliling berlaku dalam itu aku pada masa ini sama lebih kurang sama dlam permainan ini.. sesama kita teliti abstrak permainan kita pada masa kita kecil.. apa yang cuba disampaikan sebenarnya, kerna pada masa dulu kita belum mencapai tahap untuk berfikir maksud tersirat akan sesuatu, mungkin ini yang aku nampak dan mungkin lain yang kamu nampak..

Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , kalau tak sakit duduk bawah
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , dunia ini bukan mudah
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , kalau nak kena tabah.


........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
Comments
4 Comments

4 ulasan:

Unknown berkata...

hehe..kreatif gak entri ni, tak terfikir pulak daripada sebuah lagu awak dapat ilham nak buat satu entri..gud job bro!! all the best!

Mohd Fauzi berkata...

TQ.. kerna sudi membaca entry di blog usang nih..

Unknown berkata...

sama2..sy backlink awak..jangan marah ye :)

Mohd Fauzi berkata...

tak marah.. okay la.. promote free.. hehe paling kurang ada la traffic ke sini..

Catat Ulasan

free to talk...