01 September, 2009

ENtri Merdeka AKu

31/08/2009

Riuh rendah suasana menyambut merdeka..
tahun ini merdeka dibulan barakah..
merdeka juga dikala wabak H1N1
dikala ramai yang menyibukkan diri beribadat dimasjid..
memanfaat ruang merdeka dari dampingan syaitan
dikala itu juga hampir jutaan manusia berasak-asak di kuala lumpur..
bersama-sama penjajah dan penakluk iaitu nafsu..
termasuk diriku .. rebah.. tunduk.. pada keseronokan
bersama alasan mengenal sambutan merdeka orang KL..

seingat aku ..
ini kal ke-3 merdeka di KL
kali ke 22 merdeka dalam hidup aku..
apa itu merdeka?
betul ker aku sudah merdeka?
merdeka dari segi apa?
aku sendiri kurang pasti..
kalau dikatakan merdeka dari penjajah..
aku tidak hidup di zaman itu...
kalau dikatakan malaysia merdeka..
aku juga kurang pasti tarikh merdeka sebenar..
yang di sumbat kedalam buku 31/08/1957
tapi disangkal manusia disabah dan serawak..
merdeka dari keluarga?
umur 11 tahun aku sudah berjauhan..
bermula saat itu, boleh dikira aku bersama keluarga..

hurm...
entah lah..
kekadang jika berfikir dari luar norma aku..
aku ini belum merdeka sepenuhnya..
bukan taklukan orang..
tapi taklukan minda, nafsu dan keinginan sia-sia
minda yang masih berada pada takuk lama..
nafsu masih lagi menjajah minda dan akal..
nafsu masih mencucuh obor keinginan sia-sia..
ya tuhan.. ampunkan aku..

teringat...
saban tahun...
bermula detik saat merdeka 31/08/ 2003..
hingga kini.. tatkala aku keseorangan
aku sentiasa teringat.. sentiasa terkenang..
perginya seorang kawan.. menyahut seruan illahi
merdeka lah dia dari godaan dunia..
masih aku ingat patah tutur pada malam itu..
masih lagi aku ingat gurau senda..
namun tanpa ku sedari..
itulah gurau aku yang terakhir..
itulah perbualan aku yang terakhir..
siapa dia? seorang rakan..
kenapa aku sentiasa terkenang?
perginya dia di malam merdeka..
di kamar asrama..
mengapa aku pahat dalam memori?
keran bila dia tiada baru ku sedar..
dia lah saudaraku, waris keluargaku..

Al Fatihah..
YA Allah... syuburkan hati kami dengan taubat..
YA Rahman.. berkati rezeki-rezeki kami..
YA Rahim.. Jauhkanlah kami dari neraka..
YA Malik.. peliharakan kami dari kesesatan..
YA Salam.. Peliharakan kami dari Kemusnahan jiwa..
YA Khaliq.. siramkan dan semaikan benih cinta padaMu di hati kami
YA Ghaffar.. Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa ibubapa, dan guru-guru kami..

........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
Comments
1 Comments

1 ulasan:

Syahiri Al-Azmi berkata...

mai datang umah aku beraya!!!

Catat Ulasan

free to talk...