18 Oktober, 2011

Ini dari Hati...

pernah dulu suatu masa
aku bisikkan pada hati..
saat dan tika ini..
aku tak mahu...
bersungguh mencari..
aku cuma mahu..
bersungguh dengan cita-cita..
namun sekiranya diperjalanan..
mengejar cita-cita ini
Ianya muncul menyapa..
aku takkan menolak...
aku terima sebagai
anugerah dari illahi...

dalam diam aku terkedu
hati aku terpaku..
tanpa ku sedari dia datang
datang secara tiba-tiba
datang.. terus menapak dihati
tanpa sedikit aku menduga

aku cuba mencari kebenaran..
di sebalik kemunculannya..
adakah ini hanya ilusi aku?
adakah ini mainan perasaanku?

bermingu otak ini berputar
mencari akan jawapan..
tetapi semuanya gagal
sehinggalah hati ini bersuara
itu bukanlah ilusi..
itu bukanlah mainan perasaan
itulah rasa terbit dari hati..

selama ini..
pandangan mataku boleh tertipu..
mulut ini bisa berbohong..
perasaanku mampu berilusi..
tapi hatiku ini tidak pernah begitu..
rasa yang terbit kali ini..
hampir sama seperti dulu
amat unik..
ianya bisa buat aku selesa..
bisa buat perasaan ini tenang
kadangkala bisa buat aku gelisah
bisa juga buat hati ini resah..

pada mu ya Rabb...
aku berserah dan memohon..
jika benar ini anugerahmu..
kau kuatkanlah hati ini..
kau cekalkan jiwa ini..
supaya tiada melebihi cintaku padaMU..
supaya aku kental hadapi dugaanMU..


........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
Comments
0 Comments

0 ulasan:

Catat Ulasan

free to talk...