13 November, 2011

Dari jiwa rasa..

Saban hari laluan hidup ini
makin mencabar..
makin banyak dugaan
seringkali aku termenung
mengapakah aku harus laluinya
aku kelu tanpa petanda

kadang-kadang...
saban malam aku terpikir..
adakah ini natijah pilihanku..
sukar untuk ku temui jawapan..
atau mungkin...
aku semakin jauh dariNYA?

ya...
mungkin itu satu penyebab..
mungkin juga kerna keegoan
mungkin juga kerna hati..
atau mungkin doa dari hati
yang aku sakiti tanpa ku sedari..

ya Tuhan....
aku bukan mengeluh
tentang nasib...
aku bukan mengeluh
dengan dugaan...

aku cuma...
ingin mencari erti..
ingin mencari punca..
kenapakah ini terjadi padaku..
kerna aku merasakan aku tidak mampu
untuk melalui dugaan ini...

Ya Rabbi...
andai benar seperti yang dikhabarkan..
engkau beri lah aku kekuatan..
engkau berilah aku petunjuk..
supaya aku dapat menyisihkan diri ini
dari sesuatu..
yang tak mampu aku hadapi..

........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
Comments
0 Comments

0 ulasan:

Catat Ulasan

free to talk...