29 Oktober, 2008

Mereka yang disamarkan

hari ini macam tak sihat..
sama seperti hari-hari kerja yang lain..
tetiba teringat pasal buku memoir shamsiah fakeh..
secara tak langsung aku menyelusuri google..
mencari apa saja penerangan tentangnya..
entah macam mana aku tersadai di SEKOLAH REVOLUSI MALAYA
sambil melayan perjuangan sepuluh tahun lalu sebelum merdeka..
kekadang aku terpikir mengapa mereka ini digelapkan..
pejuang-pejuang yang banyak berkorban...
walau dikatakan cara mereka yang salah disisi undang-undang
yang mana undang-undang hanya
membenarkan cara dan perbuatan pencipta undang-undang
(i am the right because i am the law, who disobey me means disobey the law)
aku harap perjuangan fahmi reza dalam menyingkap perjuangan
haluan kiri ini berjaya memberi kesedaran dam pemahaman baru
( http://10tahun.blogspot.com/ ) sepluh tahun sebelum merdeka..

mereka-meraka itu

Yahya Nassim (PKMM)


"Perang Jepun tu banyak mengubah fikiran kita. Rupanya kalau tak ada orang putih ni pun boleh. Dulu kita terfikir kalau tak ada orang putih ni, mati kita. Bila dah Jepun memerintah tiga tahun lapan bulan, kita terfikir, tak ada orang putih pun boleh jugak."

-- Yahya Nassim dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'

Yahya Nassim, 88 tahun, berasal dari Ulu Langat, Selangor. Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang, beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka. Semasa kongres inilah, Dr. Burhanuddin Helmy, Yang Dipertua PKMM melafazkan sajaknya yang terkenal:

Di atas robohan kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu-padulah seluruh baka
Tuntut hak keadilan pusaka

Zainuddin Andika (API)


"Indonesia punya yang datang tu, semangat tu datang ke mari setengah. Pasal sana Sukarno dah beri semangat tu. Sukarno maklumlah, kata-kata yang dikeluarkannya. Beri saya sepuluh orang pemuda katanya, dia boleh menggoncangkan dunia. Itu dia semangat tu sampai ke mari."

-- Zainuddin Andika dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'

Zainuddin Andika, 84 tahun, berasal dari Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sejak penubuhannya pada 17 Oktober 1945 dan kemudian memasuki barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) bahagian Padang Rengas, Perak. API telah diasaskan oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak. Menurut Ahmad Boestamam dalam bukunya Testamen Politik API, tujuan-tujuan API ditubuhkan ialah:

1. Menyatukan pemuda2 yang insaf dalam satu BARISAN.
2. Mengokohkan barisan perjuangan untok bangsa dan tanahair.
3. Memberi latehan siasat, ROHANI dan JASMANI kepada pemuda2-nya supaya bersedia menjadi pemimpin bila di-kehendaki.
4. Membena sa-mula Malaya mengikut faham Democracy yang sejati yang berdasarkan kedaulatan ra'ayat.
5. Menuntut perwakilan dalam pemerintahan Malaya.

Pendek-nya API mahu berjuang untok menchapai kemerdekaan bangsa dan tanahair dengan segala jalan yang terbuka, dengan lembut jika boleh, dengan keras jika terpaksa.

Majid Salleh (JSFTU)


"Awak ni gila? Nak merdeka, tak tahu awak ni siapa? Orang Melayu ni siapa? Tak tahu orang putih kapal terbang ada, kapal laut ada, kapal selam ada, itu nak kita lawan?... Itulah suara yang biasa kita dengar."

-- Majid Salleh dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'

Majid Salleh, 84 tahun, berasal dari Ipoh, Perak. Selepas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan di Ipoh pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa. Selepas menjadi ketua seksyen buruh PKMM negeri Johor, beliau telah dilantik menjadi ketua Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU) yang bergabung di bawah Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU). PMFTU mempunyai keahlian seramai 300,000 orang buruh seluruh Malaya.

Hashim Said (API)


"Saya mula-mula sekali masuk politik, saya ada terbaca sebuah buku yang dikarang oleh Cikgu Ibrahim bin Haji Yaakub (Melihat Tanahair). Dia menyatakan nasib orang-orang yang kena jajah, di negara yang kena jajah, termasuklah negeri kita Malaya pada masa itu... dijajah."

-- Hashim Said dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'

Hashim Said, 85 tahun, berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau bertugas sebagai cikgu di Sekolah Melayu Padang Gajah sebelum mula menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945. Beliau kemudian menganggotai barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau merupakan Ketua API ranting Padang Gajah, Perak, memimpin 400 orang pemuda.

Lim Kean Chye (MDU)


"The unity we talked about never mention the racial aspect as is emphasised nowadays. All we wanted was that all the trade unions, all the workers, all the women, all the organisations to join in, in a broad front to oppose the British return of the Governor to rule the country."

-- Lim Kean Chye dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'

Lim Kean Chye, 88 tahun, dilahirkan di Penang pada bulan Disember 1919. Mendapat pendidikan di Cambridge University dalam bidang guaman. Beliau merupakan ahli pengasas Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura bersama-sama dengan pakciknya, Philip Hoalim Sr., sahabatnya Lim Hong Bee dan John Eber pada 21 Disember 1945. MDU merupakan pertubuhan politik golongan berpendidikan Inggeris yang menuntut hak demokrasi dan hak berkerajaan sendiri dari penjajah British.



kat site nih juga aku mengerti bende baru..
tak perlu demonstrasi jalanan
tak perlu perhimpunan
untuk perjuangkan sesuatu..
cukup sekadar berhartal.
kata fahmi reza
hartal ialah satu direct action berbentuk civil disobedience
untuk hantar mesej protes terhadap tindakan atau polisi
kerajaan yang tidak demokratik dan menindas.
Ia satu cara untuk kita rakyat jelata kelas bawah
yang takde kuasa/pangkat untuk bergabung tenaga
melakukan bantahan dengan cara yang selamat, non-violent dan sukarela.



kata-kata zulkarnain zakaria dalam mastika leby kurang camni la
adanya kanan mesti adanya kiri
adanya hitam mesti adnya putih..
tiada salah satu, tiada cukup sifatnyer
untuk nampak hitam mesti ader putih..
untuk nampak putih mesti ader hitam..


........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
Comments
1 Comments

1 ulasan:

The Spiral Eyes berkata...

tersangatlah aku mengantuk membaca blog mu..sila jadi follower aku

Catat Ulasan

free to talk...