15 Disember, 2008

Perbahasa oh Perumpamaan

assalamualaikum..
terdetik di hati kecil ku
beberapa perumpamaan dan peribahasa yang disalah guna
seperti..

"jangan menilai sesuatu dari luaran"
"cermin diri dulu sebelum menasihati orang"

aku bukan sasterawan untuk mengupas perumpamaan
aku bukan ulama untuk mengupas hal agama
aku hanya manusia biasa yang ada lemah dan kurang.

"Jangan menilai orang dari luaran"
perumpaman ini merujuk kepada tanggapan
kita melihat seseorang dungu atau bodoh alang
tapi hakikat dia adalah sebaliknya
kita melihat orang itu menutup aurat, alim
tapi sebaliknya...
bagi aku perumpamaan in bukan untuk melihat
sisi gelap seseorang,
perumpamaan ini adalah supaya kita
tak memandang rendah pada sesuatu..
tapi ramai yg mengunapakai pakai
perumpamaan ini untuk menegak benang yang basah
mengapa??
aku mengambil contoh paling mudah
Aurat wanita..
ramai yang berkata..
"aku tidak bertudung tidak semestinya akhlak ku kurang,
yang bertudung lebih teruk lagi perangainya"
apakah mereka-mereka ini lupa islam secara terangan..
Aurat itu menunjukkan akhlak..
tidak menjaga aurat umpama membiarkan makanan
dihurungi lalat..
bila menyebut harta ramai pulak yang menyimpan
tapi meraka tidak mengerti
suruhan menjaga Aurat adalah adalah suruhan menjaga diri
kerna diri sendiri harta yang tiada nilai..

"cermin diri dulu sebelum menasihati orang"

bila kita memberi nasihat.. teguran..
aku pasti ramai yang menerima sindiran sebegini
bila aku mendengar aku terasa geli hati..
salahkah peribahasa ini?
jawabnya tidak..
pernah dulu seorang guru aku berkata..
bila ada penagih berkata "jangan la hisap dadah, bahaya"
janganlah kamu menidakkan nasihatnya
mengapa?
tidakkah seperti peribahasa tadi?
dulu semasa di bilik darjah aku kurang mengerti
tapi sekarang aku memahami..
kalau aku mengunakan peribahasa tadi sebagai
pegangan sudah tentu aku jadi seperti dia
pandangan aku senang.. dia lebih mengetahui keburukan
sebab itu dia menghulur nasihat..
kenapa? fahami senario
aku berkata" wei mat ko jangan pegang benda ni nanti melecur".
mat berkata "mana ko tahu?"
jawabku" aku tahu la, aku dah kena"

jadi sesama kita fikirkan!!!
(adakah anda nak ungkapkan "cermin diri dulu sebelum menasihati orang" padaku?)

peribahasa dan perumpamaan untuk menasihati
merujuk kepada apa yang benar
bukan untuk memperjuangkan yang salah
........................
Kerana Mereka aku Hidup
KeranaNYA aku bernyawa
Kerana impian aku gagahkan diri
Kerana prinsip aku bertekad
Kerana mimpi aku gembira
Comments
0 Comments

0 ulasan:

Catat Ulasan

free to talk...